journey of a cake decorator in Rizqcakes, a husband and a daddy to 3 boys. (1 in heaven)
Wednesday, August 12, 2009
Happy 5th anniversary..
firstday sampai tu kitorang dah jejalan pusing bangkok town.. usha2 barang, beli air, stock makanan utk kunyah2 masa berjalan2 tu.. (finding for the day, bole nampak pompuan thai yang cun di merata tempat..) haha.. sorry sayang.. tak tipu.. tapi itulah hakikat.. second day tak heran dah kitorang enjoy the scenery pulak, architecture bangunan2 temple dorang yang teramatlah banyak sampai bosan nak tengok..
pastu kitorang gi la patpong, yang terkenal ngan kelab2 mengarut diorang.. memula tu cam excited la nak tengok pasal tak penah tengok kan.. tapi pastu, (nampak sikit2 je) tergedik2 kat atas meja.. (tengok dari luar je) ah.. tak best la.. takde pun show yg best2.. kitorang lalu situ dan beli la souvenir je..
hari ketiga merasa la tengok floating market.. tapi barang2 dia kitorang tak beli pasal dah target nak beli kat chatuchak market yang dikatakan jauh lebih murah dan banyak choices.. kat floating market tu merasa la naik bot macam jamesbond tu.. kejar2 peniaga dalam sampan tu sambil tembak2.. tapi tembak2 tu takde la..
petang tu dah balik semula ke bangkok selepas 2 jam lebih perjalanan kitorang naik la MRT (macam underground train) sampai ke kampheung phet.. ape tah betul ke tak nama tu.. kuar2 je dah sampai kat Chatuchak market tu.. memang besar babas.. sampai tak larat nak jalan dan tengok.. mungkin sebab perut kitorang masa tu lapar pasal duit abis bayar tiket masuk cobra village, elephant ride tambang tiket paddle boat (diorang punya pronounce jadi macam panda boat - aku ingatkan ada bot bentuk panda ke ape)
hari tu memang tak larat nak beli pape dah.. dan nasib kitorang baik dapat jumpa gerai mamat ni jual martabak halal.. perghhh masyuk murtabak dia, kuah bawang dia unik.. masam2 sedap.. rasa pun power.. sempat la buat kawan ngan pelancong dari france yang pandai cakap melayu/ indon yang tengah makan sate fish ball kat gerai sebelah (halal jugak)
petang tu lepas makan dan tapau.. kitorang balik la hotel dan pegi spa.. utk kali kedua nya ( hari sebelum tu gi jugak) punya la jakun tak penah pegi spa kan.. hehehe. tapi yang ni takde sensual massage ngan traditional massage yang glamour2 tu.. sini tempat massage thai moden yang bersih.. memang tertido la kena urut/ belasah.. tapi best, ilang penat seharian berjalan...
lupa plak nak citer, hari kedua aku sempat belikan Ila cincin..sempena anniversary.. tapi dia bayar.. ahaks!! takpe aa.. bayar same2.. pakai swipe kan.. bill sampai kat aku gak.. memang banyak la semiprecious stone ni kat bangkok ni.. kedia yg first jual memang mahal.. tapi cantik. second kedai selepas tertipu ngan pakcik tut tut.. kitorang sampai la ke kedai yang murah sikit dan penjual2 nya baik2 belaka.. mr. william tak silap aku.. pandai la dia menjual sampai bini aku terjebak membeli lagi 3 cincin!!! arkk!! tapi bukan utk dia aje.. utk mak2 kitorang la...
hari terakhir.. kitorang pepagi lagi dah gi ke Catucak market tu.. kali ni berbekalkan perut kenyang makan sandwich dan pelbagai bekal biskut dan air.. kitorang kembali dengan mission mencari souvenir.. haaa.. memang berbaloi.. kali ni banyak yang kitorang jumpa.. dapat la beli fridge magnet, murah la dari beli kat patpong.. patung2 kecik utk henpon tu.. purse.. dan macam2 gak laa barang2 ila.. puas hati.
tapi tak jumpa dah brader yang jual murtabak tu.. tatau la dia tak bukak lagi ke kitorang salah jalan.. hehe.. ape2 la, balik tu kitorang gi makan kat kedai lebanese food.. halal gak, best!! dapat la aku merasa air mint yang hanya dapat aku tengok orang2 arab kat situ order.. sebab dah tersilap order hari pertama tu.. tapi, kitorang larat makan 1 portion je, satu lagi tapau makan kat airport suvarnabhumi.. jimat..
Alhamdulillah.. tak kena sakit ke ape ke kat sana.. kalo dak cuak gak dengan H1N1 kat memane je ni.. be positif, insyaAllah.. tak pape
Tuesday, July 21, 2009
Akhirnya!!!.. setelah 7 tahun...
Happy birthday sayang!!
Thursday, July 02, 2009
My self as a driver and a hubby..
ari ni, keje aku macam jadi driver je aa.. datang opis sempat main internet ngan kemas2 meja je.. hehe. (makan gaji buta ke wei) biase aa.. ade time idle ade time busy. Pastu tengah ari bini aku mintak antarkan dia balik opis.. memula tu ok la pasal nak beli barang kek dia skali. tapi alang2 terlajak.. dia pujuk aku terus gerak sampai opis dia.. alang2 terus la makan tgh.
aku agree je, jalan terus jadi jem.. demmm!!! cemana nak balik opis ni. nak makan lagi.. sempat ke.. muka aku dah masam dah.. cess!! penat la wei!! tapi, bini aku kawtim bawak aku gi makan kat satu kedai mamak tu.. makan atas daun pisang..
tengok la gamba tu.. macam best kan.. tu belum rasa lagi tu.. dah makan, memang berbaloi.. redah jem, pusing hampir suku kl, dan berebut2 cari parking kat area bangsar tu.. hahah.. cbj ke bangsar. puas dan kenyang aa...
memang bini aku pandai ambik hati.. patut la orang cakap, nak hiburkan hati lelaki ni senang je, bagi makan best2.. and show up naked.. :P gerenti bley cair hati yang di rundum tension.. akakaka
Friday, June 19, 2009
Mengimbas kenangan silam
mission accomplish!! berjaya menjejak kedai ini..
bergambar kat depan kedai
Citer pasal NGA nih, dah lama mencari sebenarnya, rasa NGA yang serupa atau hampir sama ngan yang terdapat kat kuala kangsar satu masa dahulu. punya la sedap rasa dia sampai sekarang bole ingat la... dah baper tahun aku kuar koleq?.. err.. satu dua.. dah 12 tahun.. lama tu.
awal minggu ni tetiba kat email group batch kitorang si Amir tak silap aku, memberikan satu berita gembira, diia telah menemui rasa NGA yang hampir sama ngan NGA yang terdapat kat restoran sempoy / che nah che ni kat kuala tu.. ape lagi, reramai la tanye cemane instruction nak gi ke situ. siap bagi google map lagi. setelah beberapa hari ari ni baru aku ada chance nak gi usha kedai tu..
aku gi ngan anak aku.. dan kedai dia sempoy je, rumah sebenarnya, tapi kat tpt parking dia dah ubah suai jadi tempat masak dan dah susun2 meja utk orang nak makan kat situ. tak la ramai sangat yang ada kat situ time tu.. tapi tiap2 orang order banyak2.. sampai 12 bungkus la.. kat 20 menet jugak la aku tunggu nak kasi aku nyer order siap.. sempat la layan fresh orange dulu (anak aku pau)
nasi goreng ayam.. lain sikit la rupa pasal dah terpenyek dan terbungkus
kue teow goreng ayam.. kalau ukr bungkus dia macam sejengkal x sejengkal (20cm x 20cm)
Wednesday, June 10, 2009
Mangubati Penyakit Tension...
rombongan baru sampai...
Pastu, aku tepon mak ayah aku plak.. ajak diorang gi skali. mak ayah aku ada kat umah adik aku.. tengah jaga baby. yang ni susah sikit.. 4 kali pujuk baru nak ikut. alasan nyer pasal mak aku nak jaga baby. tak berani nak bawak baby pasal budak ni spesel sket.. dia bole nangis sepanjang jalan buat semua orang hilang mood nak bersuka ria.. hahaah.. ok ok...
Lepas setel semua, kitorang pun geraks la gi Sunway Lagoon.. haa, abis la, semua orang game kitorang try.. tapi dalam yang 2 park tu je la.. eh, tak main semua gak pasal tersilap perhitungan.. terlepas main terjun2 kat ular besar sebab dah siap2 mandi n dah kering.. tak mau basah dah semua orang.
memang terasa amat berpuas hati aa gi main air reramai tu. pasal semua orang happy, seronok tengok mak ayah happy, bebudak tu happy.. main air. Syahmi lagi aa.. tak nak naik dari air.. seronok betul dia main air. lupa dah nak makan la, nak minum la.. tapi bile dapat time rehat kejap, nampak aaa mata dia kepenatan. bagi sebotol air teh o bekal dia, separuh dia minum sorang. haaa.. penat betul la tu. kitorang plak, saje je malas nak beli pape kat dalam tu.. agak mahal sket la.. so semua orang simpan perut utk makan malam je.
kuar dari SL tu kitorang gi makan malam kat alisara. restoran thai kegemaran kitorang kat puchong indah. best woo, time tu, semua dah lapar, tak ingat nak ambik gamba dah.. order je lauk2.. dan memang best sebab semua lauk licin.. abis!! yey!! seronok tengok orang makan puas2.. (kejam gak la, tak bawak gi makan tgh) makan petang je sampai kenyang giler. kitorang makan nasi lauk kari hijau, thod man kung, mae kham, baby kailan oyster, sotong telur masin, ngan ikan siakap stim limau... perghh.. memang meleleh air liur. tapi, sebab lapar sangat, tak sempat meleleh air liur. kitorang mkan laju giler.. dalam 15 menet abis licin semua..
dah puas makan, kitorang terus gi tengok anak buah kitorang yang dari dulu nak gi tengok tak gi gi.. dekat je umah dia.. kat puchong jugak. walaupun dah kenyang makan, tapi bila dia hidang keropok lekor, abih licin gak kitorang makan.. hehe
kesimpulannya, penyakit tension berjaya diubati dengan melihat wajah2 keriangan mak ayah, mak mertua aku, anak2 dan adik beradik yang tak pernah dan dah amat lama tak gi ke SL dan bergembira sebegitu.. happy? ye.. teramat sangat. tapi, pas ni kena cari duit semula... yah yah yah!!
Wednesday, June 03, 2009
The making of PMI3
Pucuk di cita, ulam mendatang.. sekali job PMI3 ni pun masuk.. dan require us to go shoot kat Indon jumpa artis dan interview. Best gak la jenjalan walaupun tak jalan sangat sebab job schedule yang teramatlah tight!!
Kitorang gerak ke Jakarta bertolak dari rumah kol 4.30 pagi.. sebab nak sampai kat LCCT klol 5am.. huhhh... sebelum subuh aku dah bertolak.. bini aku antar.
Dah sampai kat jakarta pagi tu, terus la jenjalan dulu sebab appoinment ngan Gigi kol 12 gitu.. jalan2 la ke Mangga 2 mengusha bebarang kat situ. abis jejalan.. pegi hotel.. sekali takde bilik kosong lagi.. melanguk la kat lobby tu beberapa jam.
Kitorang gi sana ngan bebudak Fatboys. so arrangement ngan artis semua dorang yang buat.. termasuklah tugas2 mengepau Gigi untuk belanja kitorang makan nasi padang.. tapi bukan yang kat kedai, tapau aje.. bersama air teh botol.
dari petang sampai ke malam...
mana la dorang ni...
Sampai kat studio andra and the backbone lambat sket sebab machet.. (jem) ropenyer, studio dorang ni dekat je ngan umah Ahmad Dani - Dewa tu.. tapi si Hamka (fatboys) nak tunjuk tak jumpa plak.. Jumpa AnTB tu sempoy gak, layan la jugak.. dan tunggu pun tak lama sangat. so, nak ambik gamba pun ada mood aaa jugak. hehe'
yeah!!.. posing jangan tak posing...
Abih shoot aritu, kitorang gerak cari tempat makan.. yang ni, geng2 pompuan la yang otai area ni bawak kitorang gi makan. ok la makan dia.. tempat dia happening dan banyak jual DVD.. citer baru kuar wayang pun dah ada.. murah gile, dalam RM3 sebijik. hoho, tapi aku tak sambar memane.. download aje aa..
Balik bilik hotel dah kol 1 pagi waktu malaysia.. wah.. bape jam je dapat tido nih.. esok kol 3.30 dah nak gerak gi airport utk ke jogjakarta plak... waduh2!! penat banget..
Sebab salah tengok jam dan jam kat Hp aku automatik tukar time.. kitorang jadi lambat dan buat kengkawan yang lain tunggu.. sorry geng!! tapi, nasib baik sempat la sampai kat airport dan naik flight yang delay kat 1 jam tu.. bersyukur gile flight delay.. dapat la sorang2 qada' tido yang tak cukup tu..
demmm.. mana driver kitorang ni?
Sampai kat Jogja, manager S07 sambut kitorang kat airport dan bawak kitorang jejalan kat jogja yang aman damai dah tak machet.. tenang je kat sini.. masa jenjalan tu, brader manager ni bawak la kitorang gi makan nasi gudeg.. ape kebende nasi gudeg tu?.. nasi dapur.. makan kat dapur.. special laa kat situ sebab.. makan.. kat .. dapur.
Kembang jugak sket tekak sebab tengok keadaan tempat tu.. hehe.. tapi, aku still ok la.. tak la macam si fidza yang tak abih2 offer nasi dia kat semua orang suruh habihkan.. hahaha. Rasa nasi gudeg ni tak la macam nightmare sangat. tapi OK la bagi aku, boleh kunyah dan telan dan kunyah balik dan ambik cili padi dan kunyah sama-sama dan baru boleh telan. citarasa lelain.. tapi aku kagum ngan diri sendiri sebab berjaya menghabiskan sehingga licin. meh aku cerita ingredient dia.. ada telur pindang(boleh makan), ada ayam yang dimasak selama 6 jam, daging macam rendang hitam, tapi rasa lain, ada benda macam tauhu tapi sebenarnya isi sapi(lembu) yang aku pergi buat fahaman baru mengatakan itu adalah kulit lembu.. hahahah semua orang pun percaya.. sampai manager So7 tu pun cakap macam tu.. keh keh keh.
muka kontrol dan terpaksa makan.. hehe, tengok muka fidza, cuak!
Pastu overall rasa dia, manis!! sangat!!, tukang masak dia.. makcik2 yang pakai baju lusuh2, pakcik yang tak pakai baju, menolong menyediakan makanan dan memasukkan ke dalam bekas. ni la pusat pembikinan nasi gudeg...
Abis makan kitorang gi la ke studio So7 yang ada kat tengah2 sawah.. betul, rumah/ studio tu kat area sawah padi. tenang dan damai... diorang ni pun sempoy, bole borak2 gak.. dan tak sombong. ambik gamba sket2.. dan pastu jalankan tugas interview.. so far, dorang ni la yang paling best hasil shootnyer sebab semangat la sket!! hehe..
hello.. saya tengah main bass ni..
sekitar jogja
Kat airport, kitorang pau si shahrin belanja makan nasi padang lagi.. kali ni baru betul makan kat restoran.. baru masyuk ambik makanan2 dia yang macam2 tu.. heehehehe. yang ni baru la best dan bole makan sampai kenyang...
akhirnya dapat pekena nasi padang...
Selain menjalankan tugas mengambil gambar artis, kami juga mengeksplorasi makanan2 yang terdapat di negara ini... ada yang rupa sama ngan makanan kat malaysia, tapi rasanya lain.. contoh:
karipap - rasa amat berbeza(takde kari) ini adalah menurut apa yang diceritakan oleh si fidza yang terburu2 berebut nak rampas karipap sebelum orang lain ambik dan akhir nya membungkus karipap itu dalam tisu.
kuih jagung - macam kuih jagung rupanya, yang kaler kuning tu, tapi rasa dia bukan jagung..tapi nangka.. adehh.. terkena pakcik!!
yang sama kuih buah melaka/ onde-onde - sebab aku rasa ngan edwin, seb baik sedap.. hehe, tapi mane2 pun, minumannya teh botol.