Thursday, January 29, 2009

Hihihi.. memang malas

menulis blog atau lebih tepatnya kita kena cakap menaip blog ni adalah satu tugas yang amat best kalau ada mood dan ada bahan nak ditulis kan.. tapi kalo perasaan malas campur mengada2 campur 'terhiling-hiling' (bahasa kampung chat untuk 'hendi'/ bengong/ over-excited/ 'kukako' (bapak aku selalu guna perkataan ni bagi menggantikan perkataan 'terhiling-hiling' tu jugak) Tapi.. kengkadang, bila mood 'terhilig-hiling' tu ada jugak.. best jugak nak tulis blog ke, nak berlakon lawak spastik ke, nak mencuba aksi lagak ngeri (stunt) ke.. memang masyuk la kalo menjadi. Tapi kalo tak menjadi pulak.. memang malu la. atau bahasa Kg. Chat nye.. 'konyo' fuh.. memang berbisa la rasa 'konyo' nih. memang lagi malu dari ostrich yang rendam muka dalam pasir tu.. ataupun tersalah tegur orang yang disangka member.. tapi sebenarnya bukan - dikhalayak ramai - semua orang perasan ko buat silap.. haaa. tu memang 'konyo setempek' (atau lebih lagi bertempek2 laa)

maka, setelah aku mengarut lebih beberapa perkataan ni, dapatlah saya meyiapkan satu lagi artikel.. sekian terima kasih.

moral / pengajaran hari ini..
pelajaran bahasa kampung saya

terhiling-hiling = hendi = over = hyper = kukako (tapi kukako ni lebih kepada kelam kabut)
konyo = malu yang teramat sagat

1 comment:

Ayie a.k.a Nyei said...

hahaha..kukako..

meh sini ajar nyunyanyo plak..

nyunyanyo adalah pening2 lalat..

mmg best bhs kami..haaha..